Tuesday, November 9, 2010

kasih ibu and ayah

CINTA IBU MELEBIHI SEGALANYA…

Cinta atau kasih seseorang kepada yang lain biasanya bersebab, tetapi bagi seorang ibu cukup dengan hanya seseorang itu anaknya dia akan mengasihininya tak kira anaknya baik atau tak baik kaya atau miskin…Ia juga tidak akan luntur atau pudar dengan sebab anak itu mengasihi orang lain (spt.isteri dan anak-anaknya) dan tidak cemburu jika anaknya mengasihi juga mentuanya.Ia lain pada seorang isteri dalam dia mencintai suaminya, ia bersifat sementara pada setengah keadaan.Ia banyak berasaskan perasaan dan imbal balik daripada tindakan lawan (reaksi).Mungkin puluhan tahun dia mengasihi suaminya tetapi dalam masa sesaat dia boleh berubah membencinya dengan hanya mengetahui bahawa suaminya mempunyai isteri lain yang sama dengannya…kecuali mereka yg kembali kepada kewarasan dan mendapat rahmat Tuhan…Itulah uniknya hakikat cinta yang ada pada seorang wanita yang sama bergelar Isteri dan Ibu…

IBU PENYEBAB KEBAHAGIAAN

Ibu adalah penyebab seseorang itu wujud di alam buana ini, malah dia juga penyebab untuk kebahagiaan seseorang didunia ini dan juga di akhirat, itu adalah janji Pemberi kebahagiaan bahawa “Syurga di bawah tapak kaki Ibu”…dan “Mereka adalah Syurga dan Nerakamu”

NASIHATKU…

Kenapa kita beramal? kenapa kita berdakwah dan berjihad…? kerana mematuhi perintah Allah dan akhirnya ingin mendapat balasan Syurga daripadaNya serta mengelak seksaNya. Maka Tuhan yang sama mengarahkan kita berbakti kepada kedua ibu bapa dan menjanjikan anugerah yang sama jika kita menunaikannya , jadi kenapa kita mencuaikannya…hubungilah mereka, sayangilah mereka, bantulah mereka , nafkahkanlah sebahagian harta kita untuk mereka walaupun mereka tidak memintanya. Ketahuilah bahawa REDHA mereka lebih berharga daripada keredhaan isteri dan anak-anakmu…

Imam Muslim meriwayatkan Bahawa Rasulullah bersabda ” Rugilah dia, rugilah dia, rugilah dia, maka sahabat bertanya siapakah dia ya Rasulullah? Baginda menjawab: ” iaitu orang yang sempat dengan kedua orang tuanya disisinya yang telah tua salah seorang daripadanya atau kedua-duanya, tetapi dia tidak dapat masuk syurga kerananya”.


Kasih ayah..

jgn lupa, kasih dan cinta ayah juga tak sama dgn kasih dan cinta suami.cinta ayah, tak berubah, tapi cinta suami boleh bertukar sekelip mata juga.seperti mana kasih ibu itu terlalu tulus, seorang isteri juga bisa mencintai suaminya sebegitu tulus,dan bila cintanya terasa dianiayai,hatinya pasti terluka amat.
salahkah Fatimah,puteri Rasulullah, memohon agar Ali tidak memadukan dia sepanjang hayatnya? Salahkah ucapan Rasulullah “Barangsiapa yg menyakiti puteriku, ia seperti menyakiti diriku”?, bila Fatimah mengadu kepadanya?

dari pembacaan saya, itulah yg saya dapat. Tak ada isteri yg sanggup berkongsi kasih bila segalanya sudah dicurahkan buat suami tercinta. Tak semua wanita sanggup berkorban rasa, seperti mana ‘penghulu wanita di syurga’, saidatina Fatimah AzZahra.

Jgn sekali2 melabel wanita itu selfish bila tak izin suami madukan dia… kerana anda melabel yg serupa pd puteri Rasulullah.

wallahu’alam.

No comments: