Saturday, November 6, 2010

Rahsia Janggut

Janggut mempunyai banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.


Selalu saya melihat apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan pertama kali yang dilakukan oleh tentera2 kuffar ialah memesin (mencukur) janggut mereka,persoalan sekarang apakah rahsia janggut sehingga diperlakukan begitu,apakah antinya puak kuffar dengan janggut,apa sebab ciri2 Islam (janggut) tidak dibenarkan apabila Artaturk memerintah Turki setelah menumbangkan Khilafah Uthmaniyyah? Semua ini persoalan yang patut dijawab sendiri oleh umat Islam!

Rupa2nya mereka (puak kuffar) lebih mengetahui rahsia janggut dari kita (umat Islam) sebab itu mereka amat anti jika melihat umat Islam berjanggut,apabila dapat ditawan dan dipenjara janggut pasti ‘ditebas’ sehingga licin.Kita tak mahu memaksa penjawat awam seperti askar dan polis membela janggut kerana mereka dalam darurat iaitu berada dalam pemerintahan sekular yang melarang membela janggut,dalam masalah ada kelonggaran dan darurat,yang saya fokuskan ialah mereka2 yang ‘bebas’ dari bekerja dengan kerajaan.

Lihat pendapat ulama mengenai janggut:

Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu. H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.

Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab. Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.

Dari Aisyah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sepuluh perkara dari fitrah (dari sunnah nabi-nabi) di antaranya ialah mencukur misai dan memelihara janggut.
H/R Ahmad, Muslim, Abu Daud, at Turmizi, an Nasaii dan Ibn Majah.

Bagi individu yang menjiwai hadith di atas pasti mampu memahami bahawa Nabi Muhammad s.a.w melarang setiap mukmin dari meniru atau menyerupai suluk (tatacara) orang-orang kafir sama ada dari golongan Yahudi, Nasrani, Majusi atau munafik. Antara penyerupaan yang dilarang oleh baginda ialah berupa pengharaman ke atas setiap orang lelaki yang beriman dari mencukur janggut dan jambang mereka. Kemudian baginda melarang pula dari memelihara misai (kumis) kerana dengan memelihara misai kemudian mencukur janggut telah menyerupai perbuatan semua golongan orang-orang kafir. Antara motif utama dari larangan baginda itu ialah agar orang-orang yang beriman dapat mengekalkan sunnah supaya tidak mudah pupus di samping mengharamkan setiap orang yang beriman dari meniru tata-etika, amalan dan tata-cara orang-orang kafir atau jahiliah.

Larangan yang berupa penegasan dari syara ini telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w melalui hadith-hadith baginda. Terlalu sukar untuk ditolak atau dinafikan tentang pengharaman mencukur janggut ini kerana terlalu banyak hadith-hadith sahih yang telah membuktikannya dengan terang tentang pengharaman tersebut.

Memang tidak dapat diragukan, antara penyerupaan yang diharamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah meniru perbuatan orang-orang kafir yang kebanyakan dari mereka lebih gemar mencukur janggut dan jambang mereka kemudian membiarkan (memelihara) misai mereka sebagai hiasan. Ketegasan larangan mencukur janggut yang membawa kepada penyerupaan masih dapat difahami melalui hadith-hadith baginda yang seterusnya sebagaimana di bawah ini:

Dari Ibn Umar ra berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka. H/R Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.

Dari Abi Hurairah ra : Bersabda Rasulullah s.a.w : Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu. H/R al Bazzar.

Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka. H/R Muslim.

No comments: