Tuesday, November 2, 2010

wanita paling aggun di dunia

Wanita, dengan kecantikan yang Wanita miliki lebih anggun daripada mentari.
Wanita, dengan akhlaq yang Wanita miliki, lebih harum daripada kasturi.
Wanita, dengan keredahan diri yang Wanita miliki, lebih tinggi daripada rembulan.
Wanita, dengan sifat keibuan yang Wanita miliki, lebih menyegarkan daripada hujan.

Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan itu dengan Iman;
peliharalah keridhaan itu dengan sikap qana’ah;
dan peliharalah kesucian diri itu dengan hijab.

Ketahuilah, bahawa perhiasan kita bukan terletak pada emas dan perak dan bukan pula pada berlian yang kita kenakan, melainkan pada dua raka’at di penghujung malam,
kehausan di tengah hari yang terik disebabkan puasa kerana Allah, sadaqah yang tersembunyi tampa ada yang mengetahui selain Allah, air mata hangat di saat beristifar dan zikir yang membersihkan dosa, sujud yang lama di atas hamparan sajadah, dan rasa malu kepada Allah saat dorongan kejahatan dan rayuan musuh manusia datang menggoda.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian kita, niscaya kita akan menjadi Wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian kita ter tambal-sulam. Jadikan rasa malu kita sebagai baju kurung kita, niscaya kita menjadi Wanita yang paling anggun di dunia meskipun kita tidak beralas kaki.

Hindari oleh kita pola hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memperlihatkan daya tarikannya untuk memikat lawan jenis, kerana sesungguhnya wanita-wanita fasiq dan non-muslim itu adalah bahan bakar neraka Jahannam.

No comments: