Tuesday, September 13, 2011

kelas lah chef utk perkahwinan memey n norman

esh..................baca byk2 kali...baca lagi...lagi....macam x caya pulakk....

cayalah...chef utk perkhawinan memey n norman nnt...fuhh!!!...

x caya...buka metro....@ call chef tu tanya.....ushhhh....

nnt klu kawin nk jugak ahhh di uruskan oleh chef tu....muahahaha..(leh dpt free kot)..

jom layan metro ni...13/09/2011 selasa

Harian Metro turut diundang ke majlis uji santap atau ‘Food Tasting of Norman & Memey’ yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Jumaat lalu. Pada hari itu, wakil media yang hadir diberi peluang mencuba dan menikmatinya.

Tambah unik, setiap satu hidangan diperkenalkan indah seperti Pembuka Bicara, Renjisan Mempelai dan Santapan Terhidang. Ia hasil kreativiti Chef Ishak Said, 48, yang bertanggungjawab menyediakan hidangan pengantin itu untuk majlis pada 28 September nanti.

Selama 15 tahun pengalaman sebagai chef di hotel berkenaan, katanya, inilah kali pertama dia terbabit dengan majlis perkahwinan yang begitu tersusun bagi seseorang artis.

“Apabila bercakap mengenai perkahwinan, tetamu terutama orang Melayu akan bercerita soal makanan. Orang Melayu biasanya suka hidangan atau juadah yang mengenyangkan seperti nasi. Tapi hidangan hari ini, semuanya masakan dan lauk-pauk Melayu yang dihidangkan ala Barat.

“Kita tetap ada otak-otak, soto, nasi dan lauk-pauk bersama pemanis mulut bubur pulut hitam. Kita memilih konsep moden ini bagi menyesuaikannya dengan tema majlis ala Inggeris.

“Penggunaan bahasa Melayu pula dianggap indah dan satu metafora kerana bahasa yang indah mampu membantu seseorang chef menghasilkan juadah yang menarik,” katanya yang akan dibantu 10 hingga 15 chef lain pada majlis sebenar nanti.

Norman dan Memey yang hadir sedondon berbaju merah, mengakui terharu dan berpuas hati dengan hida–ngan disediakan untuk majlis mereka dan berharap kelazatan itu dapat dinikmati pada 28 September nanti.

Kata Memey, melihat Norman menghabiskan makanan itu bermakna hidangan disediakan memang sedap dan menepati cita rasanya.

“Bakal suami saya ini seorang yang cerewet soal makan tapi kalau satu hidangan tadi berjaya dihabiskan, bermakna ia memang sedap. Bagi saya, hidangan disediakan Chef Ishak ini sangat istimewa,” katanya.


sebut g....CHEF ISHAK TU......my uncle...muahahha...cayalah!!!...

No comments: